Saturday, November 22, 2008

Michael Jackson Peluk Islam

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby � seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa � bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. � Agensi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20081122002953/Article/index_html


Michael Jackson's Transformation - The best bloopers are here

3 comments:

MR. SATU UMAT said...

Michael Jackson converts to Islam

Indo-Asian News Service

Friday, November 21, 2008 (London)

Pics: Jackson repeats History

Life of the King of Pop

Controversial Mr. Jackson

Troubled pop star Michael Jackson has converted to Islam and changed his name to Mikaeel.

Jackson, 50, was dressed in the Islamic garb as he pledged his allegiance to the Koran at a friend's house in Los Angeles. He sat on the floor as an Imam was called to officiate the ceremony.

Jackson, who was raised a Jehovah's Witness, decided to convert after discussing religion with a music producer and songwriter on his new album - both of them converts to Islam.

"They began talking to him about their beliefs and how they thought they had become better people after they converted. Michael soon began warming to the idea. An Imam was summoned, and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief," a source was quoted as saying.

Mikaeel is the name of one of Allah's angels.

http://music.ndtv.com/story.asp?id=ENTEN20080073502

MR. SATU UMAT said...

Pop superstar Michael Jackson has confirmed his conversion to Islam, according to reports in the Middle East.

The Arab-Israeli newspaper Panorama claims Jackson has announced the move and revealed plans to move to Bahrain, where he has purchased property.

The singer’s Muslim brother Jermaine Friday claimed the “Thriller” hitmaker had taken interest in the religion since Jermaine converted in 1989, and had been considering converting following his acquittal on child abuse charges in 2005.

Jermaine said, “When I came back from Mecca I got him a lot of books and he asked me lots of things about my religion and I told him that it’s peaceful and beautiful.
See Also

Michael Jackson is building a mosque

“He read everything and he was proud of me that I found something that would give me inner strength and peace.

“I think it is most probable that Michael will convert to Islam.

“He could do so much, just like I am trying to do. Michael and I and the word of God, we could do so much.”

http://www.religionnewsblog.com/17555/michael-jackson-islam

MR. SATU UMAT said...

Jacko telah lama minat Islam - Abang

LONDON 23 Nov. - Abang Michael Jackson, Jermaine berkata, adiknya itu telah menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 90-an.

Jermaine atau Muhammad Abdul Aziz berkata, Jackson mula tertarik dengan ajaran itu setelah beliau memeluk Islam pada 1989.

"Saya menghadiahkan banyak buku tentang keindahan Islam kepadanya selepas saya kembali dari menunaikan haji.

"Beliau banyak bertanya tentang Islam dan saya menceritakan keindahan dan ketenangan yang saya lalui selepas bergelar penganut agama ini kepadanya," kata Jermaine yang dipetik oleh akhbar Daily Telegraph, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berita Jackson memeluk Islam seperti yang disiarkan oleh akhbar The Sun pada Jumaat lalu.

Jackson dilaporkan memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel yang bermaksud "Rezeki".

Majlis memeluk Islam beliau diadakan di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Raja pop yang bergelut dengan pelbagai kontroversi itu kini berdepan dengan tuntutan saman sebanyak AS$7 juta (RM25.26) oleh seorang kerabat diraja Bahrain, Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa kerana melanggar perjanjian untuk merakam album dan mengadakan konsert di negara itu.

- Agensi

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm